Persatuan Pancaindra Seni Silat Lintau Malaysia

Melayu tak hilang di dunia

  • LAMBANG PERSATUAN

  • SILA KLIK DI SINI

  • SILAT PPSSLM

    SILA KLIK DI SINI

  • SILA KLIK DI SINI

  • SILA KLIK DI SINI

  • SILA KLIK DI SINI

  • SILA KLIK DI SINI

  • SILA KLIK DI SINI

  • SILA KLIK DI SINI

  • SILA KLIK DI SINI

  • SILA KLIK DI SINI

  • SILA KLIK DI SINI

  • SILA KLIK DI SINI

  • SILA KLIK DI SINI

  • SILA KLIK DI SINI

  • SILA KLIK DI SINI

  • SILA KLIK DI SINI

Paluan gendang Pancaindra Seni Silat Lintau

Posted by Persatuan Panca Indra Seni Silat Lintau Malaysia di April 7, 2011

Di samping berpencak ahli seni persilatan seharusnya juga memiliki kemahiran seni muzik. Gambar foto di atas dirakamkan ketika saya menyertai kumpulan muzik Pancaindra Seni Silat Lintau Malaysia di gelanggang Batu 6, Tambun, Perak.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Pak Manaf Jurulatih silat Lintau tegar

Posted by Persatuan Panca Indra Seni Silat Lintau Malaysia di April 5, 2011

Abdul Manaf bin Abdul Rashid ( Pak Ngah) 64 tahun bolehlah disebut sebagai jurulatih Pancaindra Seni Silat Lintau Malaysia tegar kerana telah menjadi jurulatih sejak ketika hayat Tuan Haji Abdul Mulok lagi hingga ke hari ini.

Pak Ngah telah mula belajar silat Lintau ini pada tahun 1956 ketika berusia 10 tahun di gelanggang silat Kampong Tengku Husain Manjoi Ipoh Perak yang dilatih oleh Mahyuddin (Pak Yem).

Setelah tamat belajar silat Pak Ngah sering mengiringi Tuan Haji Abdul Mulok berserta Pak Yem menyelia gelanggang Silat Pancaindera Seni Silat Lintau Malaysia di seluroh negara. Selain daripada sebagai jurulatih silat Pak Ngah adalah merupakan Jurulatih bola sepak Pancaindra Seni Silat Lintau Malaysia Kampong Tengku Husain Manjoi di zaman kegemilangannya.

Kini Pak Ngah adalah merupakan jurulatih Pancaindera Seni Silat Lintau Malaysia di gelanggang Batu 8 Kampong Melayu Ulu Kinta. Gambar diatas adalah dirakamkan ketika saya dan Wannura berkunjung ke gelanggang silat Pak Ngah melatih muridnya pada masa ini.

Posted in Uncategorized | 3 Comments »

Mesyuarat Agung Tahunan kali ke – 7 Persatuan Pancaindra Seni Silat Lintau Malaysia

Posted by Persatuan Panca Indra Seni Silat Lintau Malaysia di Mac 29, 2011

Pada 27 hb Mac 2011 hari ahad pada jam 9.30 pagi telah berlangsung Mesyuarat Agung tahunana kali ke – 7 Persatuan Pancaindra Seni Silat Lintau Malaysia, di dewan Orang Ramai, Kampung Tersusun Batu 6, 31150 Tambun Perak Darul Ridzuan.

Diantara mereka yang telah dilantik menjadi Ahli Jawatan kuasa persatuan di mesyuarat Agung tersebut ialah Pak Teh, Ayah Din, Tuan Shukri dan Pak Ali Tuah dalam gambarfoto yang sempat saya rakamkan di atas. Mesuarat telah sebulat suara mengekalkan Yang Mulia Ayahanda Paduka Syed Zainudin bin Syed Tah sebagai yang dipertua persatuan. Li mambang dan Wannura juga turut dilantik menertai Ahli Jawatan Kuasa Persatuan di Mesyuarat tersebut.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Posted by Persatuan Panca Indra Seni Silat Lintau Malaysia di Mac 28, 2011

Jika Kerajaan negeri Melaka akan membina enam gelanggang silat di Perkampungan Hang Tuah, Duyong dekat sini, dengan semua gelanggang terbabit akan dinamakan mengikut nama pahlawan lima sahabat zaman Kesultanan Melayu Melaka yang menelan belanja sebanyak RM 30 juta, menerusi peruntukan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) dan pembinaannya akan bermula Januari tahun depan, dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh dua tahun, Kami pula sedang sibuk membantu pembinaan Gelanggang Silat Hang Lekir milik Pak Teh yang menelan belanja hanya lebih kurang RM 30 ribu di Ulu Kinta Perak.

Persediaan gelanggang ini adalah sebahagian dari usaha program kami untuk melatih pesilat menyertai sebarang kejohanan Persilatan di sebarang kejohanan kejuaraan sehingga ke peringkat kebangsaan.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Posted by Persatuan Panca Indra Seni Silat Lintau Malaysia di Mac 28, 2011

Alhamdulillah dalam kesibukan hidup seharian semalam 27 Mac 2011 saya berserta Wannura sempat juga menziarahi kembali Tuan Mohd Samlan bin Zakaria Jurulatih Panca Indra Seni Silat Lintau Malaysia Cawangan Kampar Perak yang kemalangan jalanraya berseta isterinya pada 19 hb Febuari 2011 di rumah bondanya di Kampong Batu 20 Kampar Perak.

Dari air mukanya saya dapat melihat kunjungan saya ke kediaman Pak Samlan sangat mengharukan nya. Keadaan keretakan tulang kaki Pak Samlan yang cedera dalam kemalangan tersebut maseh lagi belum sembuh sepenuhnya, malahan doktor menasihati supaya kakinya disimen dari hujung jari kaki hingga ke pangkal peha, bagaimana pun Pak Samlan engan berbuat sedemikian.

Keadaan kaki Pak samlan maseh terasa sakit, apa tah lagi ketika digagahi berjalan. Saya menawarkan rawatan untuk menyembuhkan kesakitan tersebut kepada Pak samlan dengan syarat sudi berpencak silat selepas selesai menerima rawatan tersebut. Maka setelah menerima rawatan yang di tawarkan Pak Samlan telah sudi berpencak silat dengan Wannura seperti gambar diatas untuk kami menimba ilmu pengetahuan persilatan selangkah dua darinya. Terima kaseh kepada Pak Samlan dan se isi keluarga yang telah melayani kami dengan mesra. Kami berdoa samoga Pak Samlan dan isterinya cepat sembuh dengan segera.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »