Persatuan Pancaindra Seni Silat Lintau Malaysia

Melayu tak hilang di dunia

Posted by Persatuan Panca Indra Seni Silat Lintau Malaysia di Mac 28, 2011

Alhamdulillah dalam kesibukan hidup seharian semalam 27 Mac 2011 saya berserta Wannura sempat juga menziarahi kembali Tuan Mohd Samlan bin Zakaria Jurulatih Panca Indra Seni Silat Lintau Malaysia Cawangan Kampar Perak yang kemalangan jalanraya berseta isterinya pada 19 hb Febuari 2011 di rumah bondanya di Kampong Batu 20 Kampar Perak.

Dari air mukanya saya dapat melihat kunjungan saya ke kediaman Pak Samlan sangat mengharukan nya. Keadaan keretakan tulang kaki Pak Samlan yang cedera dalam kemalangan tersebut maseh lagi belum sembuh sepenuhnya, malahan doktor menasihati supaya kakinya disimen dari hujung jari kaki hingga ke pangkal peha, bagaimana pun Pak Samlan engan berbuat sedemikian.

Keadaan kaki Pak samlan maseh terasa sakit, apa tah lagi ketika digagahi berjalan. Saya menawarkan rawatan untuk menyembuhkan kesakitan tersebut kepada Pak samlan dengan syarat sudi berpencak silat selepas selesai menerima rawatan tersebut. Maka setelah menerima rawatan yang di tawarkan Pak Samlan telah sudi berpencak silat dengan Wannura seperti gambar diatas untuk kami menimba ilmu pengetahuan persilatan selangkah dua darinya. Terima kaseh kepada Pak Samlan dan se isi keluarga yang telah melayani kami dengan mesra. Kami berdoa samoga Pak Samlan dan isterinya cepat sembuh dengan segera.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s