Persatuan Pancaindra Seni Silat Lintau Malaysia

Melayu tak hilang di dunia

  • LAMBANG PERSATUAN

  • SILA KLIK DI SINI

  • SILAT PPSSLM

    SILA KLIK DI SINI

  • SILA KLIK DI SINI

  • SILA KLIK DI SINI

  • SILA KLIK DI SINI

  • SILA KLIK DI SINI

  • SILA KLIK DI SINI

  • SILA KLIK DI SINI

  • SILA KLIK DI SINI

  • SILA KLIK DI SINI

  • SILA KLIK DI SINI

  • SILA KLIK DI SINI

  • SILA KLIK DI SINI

  • SILA KLIK DI SINI

  • SILA KLIK DI SINI

  • SILA KLIK DI SINI

Buku panduan Pancaindra Seni Silat Lintau Malaysia

Posted by Persatuan Panca Indra Seni Silat Lintau Malaysia di Mac 23, 2011

Dalam usaha saya menyusun buku Panduan Pancaindera Seni Silat Lintau Malaysia sudah tentu memerlukan keizinan, nasihat serta pandangan Gurunya Pak Yem serta ilmu pengetahuan hasil pengalaman pesilat serta jurulatih tegar seperti Pak Teh dan bekas murid Tuan Haji Abdul Mulok yang sudi membantu. Begitu juga Ahli Pancaindera Seni Silat Lintau Malaysia seperti saudara Yatim dan lain lain untuk memudahkan lagi saya melaksanakan usaha ini. Kepada mereka yang telah sudi membantu saya dahului dengan ucapan terima kaseh.

10 Respons to “Buku panduan Pancaindra Seni Silat Lintau Malaysia”

  1. aidil akbar said

    assalamualaikum; saya dari gelanggang silat lintau dari subang selangor,,dengan sukecitanya menjemput pihak tuan sekiranya dapat datang ke gelanggang kami;;sila hubungi setiausaha kami ;fatimah bt haji kamal di no talipon bimbit beliau..0163499731 untuk bertanya kan alamat jelas sekiraya pihak tuan ingin sampai ke mari… wassalam salam 1 PPSSLM..

  2. Waalaikumusalam wbt.

    Sebagai seorang blogger weblog ini memang saya tidak sabar untuk bertandang ke gelanggang tuan, sekurangnya untuk menimba ilmu pengetahuan dan belajar ilmu seni silat selangkah dua dari tuan tuan disini. Insyaallah jika panjang umur dan murah redzki kita akan bertemu jua.

    Sampaikan salam saya kepada semua warga gelanggang Pancaindera Seni Silat Lintau Malaysia Subang Selangor.

    Terima kaseh.

    • aidil akbar said

      assalamualaikum,,,,,salam 1 lintau,kepada tuan juga kami tersangat ingin lebih belajar ,sudilah kiranya tuan dapat memberi lebih tunjuk ajar kepada kami yang maseh baru ini….sekiranya tuan tidak keberatan sudilah kiranya menjelaskan apakah erti “LINTAU” sebenarnya? Saya bagi pihak pesilat pesilat lintau di sini terlebih lebih tidak sabar di datangi oleh tuan dan sahabat sahabat lintau semua…insyaallah dengan keizinan yg MAHA BERKUASA, kita pasti berjumpa lambat atau cepat…..salam buat semua sahabat lintau di sana….. wassalm balas…

  3. Waalaikumusalam

    Tuan Aidil Akhbar, sesungguhnya saya sedang gigih berusaha untuk mengembangkan kembali ilmu pengetahuan dari warisan Pancaindra Seni Silat Lintau Malaysia. Kegiatan yang saya lakukan dari masa ke semasa yang saya titipkan menerusi weblog ini sudah cukup untuk menyatakannya.

    Perkataan LINTAU hanyalah sekadar mengambil sempena nama sebuah kampong di Sumatra Indonesia tempat kelahiran ilmu persilatan ini yang di bawa oleh Tuan Haji Mulok ke negara kita. Bagaimana pun perkataan LINTAU itu dilahirkan pula ayat yang bermaksud LATIHAN ISLAM NABI TURUNKAN ATAS UMATNYA.

    Suka saya menasihati tuan untuk menjadi Ahli Pancaindera Seni Silat Lintau Malaysia sejati bukanlah sekadar mengetahui makna berbagai jenis ayat yang terbit dari pada perkataan lintau, tapi yang lebih penting memahami syariat, hakikat, tauhid dan makrifat atau rohani, jasmani, jiwa dan raga yang terkandung dalam ilmu persilatan tersebut.

    Jikalau Tuan mendalami ilmu persilatan sekadar raganya pun biarlah Tuan sekurangnya berjaya melahirkan pesilat Lintau menjuarai kejohanan persilatan sekurangnya diperingkat kebangsaan.

    Keperluan kita melahirkan pesilat yang berwibawa hari ini bukan sekadar cukup untuk memiliki sebuah gelanggang dan jurulatih, malahan kita memerlukan Buku Teks Panduan Persilatan, alat bantu mengajar yang efeksyen, Alat bina badan, Pemakanan kesihatan, pengetahuan mengenai silat olaraga, keugamaan dan banyak lagi.

    Belajar Persilatan sama seperti kita belajar ugama yang perlu menurut tertipnya. Sebelum kita membina diri untuk memulakan langkah dan jurus, kita sepatutnya terlebih dahulu membetulkan kedudukan, janganlah hendaknya belunjur sebelum duduk. Maka apa yang perlu terlebih dahulu dalam persilatan adalah kekuatan kuda kuda itu kedudukan. Oleh itu marilah kita bersama sama memperbaiki kedudukan masing masing terlebih dahulu dan bukan sekadar sibuk dengan dakwa dan dakwi.

    Jika boleh weblog Persatuan Pancaindra Seni Silat Lintau Malaysia ini biarlah menjadi seperti weblog saya yang lain yang dikunjungi beratus ribu malahan berjuta kunjungan dalam setahun, seperti weblog saya dibawah ini untuk manafaat kita semua .

    http://jalanakhirat.wordpress.com/

    http://doaayatdanzikir.wordpress.com/

    Dan banyak lagi

    Wasalam

  4. aidil akbar said

    assalamualaikum tuan Li,sebenarnye kami dari gelaggang subang ingin sangat2 mencari guru kepada jurulatih kami yg bernama DAUD atau juga di kenali sebagai yahya ,,gelanggang silatnye dulu adalah di kampong pinag,kemunting taiping perak, pada tahun 1973.. adakah tuan ada maklumat tentang gelanggang yg wujud pada tahun itu di tempat berkenaan..tentang pembelajaran silat di sini ,,insyaallah kami maseh berpegang pada syariat dan tatasusila persilatan kita..kami tidak bertujuan apa2 semasa menanyakan tentang arti LINTAU kepada tuan sekadar ingin tau adakah ianya sama denga apa yg di beritahu oleh jurulatih kami kepada kami.. kami cuma tidak mahu apa yg kami belajar tidak asli dari asalnya.bak kata pepatah indah kabar dari rupa….kami mau ianya asli LINTAU dan bukan yg telah di ubah2… harap tuan faham akan kepincangan kami sebagai penuntut2 baru ini..sekian salam 1 LINTAU buat semua…….WASSALAM……..

  5. Waalaikumusalam

    Tuan Aidil Akhbar, sebagaimana yang tuan sedia maklum saya sedang dalam usaha menjejaki semua bekas murid Tuan Haji Abdul Mulok yang maseh hidup dari masa ke semasa, Insyaalah saya akan diketemukan dengan Tuan Daud atau Yahya yang tuan maksudkan jika maseh hidup. Pihak Tuan boleh menyenaraikan bekas murid Tuan Haji Abdul Mulok serta maklumat peribadinya diruang komentar ini sebelum saya iklankan di ruangan intri. Disamping itu saya juga akan merakamkan segala ilmu pengetahuan dan pengalaman mereka ketika menuntut Pancaindera Seni Silat Lintau Malaysia disamping meminta bantuan usaha penyelidikan yang sedang saya lakukan.

    Jika semuanya berjalan lancar seperti saya rancangkan, saya bercadang mengadakan seminar atau persidangan mengenai Pancaindera Seni Silat Lintau Malaysia di peringkat kebangsaan. Pada masa itu nanti kita bolehlah membentangkan sebanyak mana kertas kerja yang diperlukan untuk mengatasi persoalan yang kita hadapi.Insyaalah pihak tuan ( gelanggang Subang)juga saya berikan keutamaan untuk membentangkan kertas kerja di persidangan tersebut nanti.

    Sebagaimana yang saya maklumkan kepada tuan usaha ini memerlukam banyak tenaga, masa,
    pebelanjaan dan kesabaran serta sokongan mereka yang maseh mencintai Pancaindera Seni Silat Lintau Malaysia, segala pebelanjaan dan usaha ini pula saya perlu tanggungi sendiri.

    Sebagai contoh jika telah siap buku panduan Pancaindra Seni Silat Lintau Malaysia yang saya susun nanti, saya akan menemui semua pihak yang sudi termasuk pihak tuan untuk menilaikan ketulinan atau keasliannya isi kandungannya supaya tidak indah khabar dari rupa. Adalah terlalu sukar untuk menyatakan sesuatu jika kita tidak dapat menyatakannya dalam bentuk hitam putih terlebih dahulu.

    Sesungguhnya saya turut mengalami sebagaimana yang tuan rasai mengenai Pancaindera Seni Silat Lintau Malaysia dan usaha yang saya lakukan ini adalah sekurangnya untuk membelai perasaan kita semua mengenainya. Apa yang sangat saya harapkan adalah sokongan dari semua pihak terutama pihak tuan mengenai usaha yang saya lakukan ini demi Pancaindera Seni Silat Lintau Malaysia.

    Salam 1 Lintau !!!!!!!!!!!!!.

    Wasalam.

    • aidil akbar said

      assalamualaikum Tuan Li,,apa khabar semua di sana? sudah lama tidak lagi mendengar khabar dari sahabat2 LINTAU kita … apakah perkembangan terbaharu? kami disini terus menanti aktiviti terbaharu LINTAU di tempat TUAN..Sudahkah TUAN dapat menjejak Pak Daud atau Yahya yg kami beritahukan itu? semoga perhubungan kita tidak akan terputus begitu saja.. salam buat semua sahabat LINTAU……….

  6. aidil akbar said

    assalamualaikum tuan li,, kami dari persatuan silat lintau subang akan terus menyokong apa apa pun usaha untuk kita sama sama mempelajari silat lintau kita ini.. dan apa apa usaha untuk menaik kan nama silat ini ,asalkan kita masih berada dala jalur yg benarrrr….disini kami ingin bertanya adakah pihak tuan sudah mendapat tau tentang jurulatih yg pernak melatih jurulatih kami iaitu TUAN DAUD atau juga di kenali sbagai YAYA……sekiranya ada apa apa berita tentang hal berkenaan ,,harap lah sekiranya tuan dapat memberitahu kami secepatnya….tuan Li , kami sangat2 berterima kasih pada tuan kerana mau memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada kami yg masih baru dalam PERSATUAN PANCAINDRA SENI SILAT LINTAU ini … terima kasih … wassalam….

  7. aidil akbar said

    assalamualaikum Tuan Li, apa khabar Tuan dan semua yang ada di sana? di sini saya suka maklumkan bahwa kami telah pun dapat menjejak jurulatih kepada juru latih kami iaitu pak daud atau yahya,, beliau sekarang menetap di jelapang simpang.. beliau tidak lagi bergelanggang seperti dulu kerana uzur.. walau macamana pun kami ucapkan terima kaseh pada Tuan kerana telah ikut dalam pencari an pak daud.. sering sering lah berutus khabar pada kami yang maseh mengharap tunjuk ajar … titip salam pada semua sahabat lintau di sana ,, insya’allah suatu hari nanti dengan izin ALLAL TA’ALA kita pasti berjumpa……… AMIN……

  8. aidil akbar said

    INSYA’ALLAH DENGAN IZIN ALLAH TA’ALA , KITA PASTI AKAN BERJUMPA SUATU HARI NANTI……… di ulang kerana ejaan ALLAH tadi tidak betul…. MAAF…

Tinggalkan komen