Persatuan Pancaindra Seni Silat Lintau Malaysia

Melayu tak hilang di dunia

Kejuaraan silat remaja kebangsaan di Melaka

Posted by Persatuan Panca Indra Seni Silat Lintau Malaysia di Mac 18, 2011

ARKIB : 17/03/2011
Kejuaraan silat remaja kebangsaan di Melaka

MELAKA – Lebih 400 pesilat dari seluruh negara dijangka menyertai Kejuaraan Silat Remaja Kebangsaan kali ke-9 yang akan diadakan di Stadium Mini Bistari di Ayer Keroh di sini, pada 2 hingga 7 Jun ini.

Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, kejuaraan enam hari itu akan mempertandingkan 18 kategori antaranya Silat Olahraga dan Jurus Tunggal.

“Kejuaraan ini menjadi medan penting bagi Pesaka mencungkil bakat pesilat muda dari seluruh negara untuk dilatih menjadi pesilat yang mampu mengharumkan nama negara satu hari nanti,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pesaka di Ayer Keroh di sini, semalam.

Beliau yang juga Ketua Menteri Melaka berkata, Pesaka kini mempunyai empat juta anggota yang bernaung di bawah 372 perguruan di seluruh negara dan mereka merupakan aset penting untuk membawa seni silat ke era baru.

Pesaka juga sedang mengemaskini rekod keahlian dan Persekutuan itu sendiri sebelum maklumat itu dimuat turun ke dalam sebuah pangkalan data dalam talian bagi memudahkan Pesaka, anggotanya dan orang ramai mendapatkan maklumat dengan pantas.

Sementara itu, beliau berkata lima gelanggang silat akan dibangunkan di Perkampungan Hang Tuah di Duyong di sini, yang mampu menampung kira-kira 10,000 penonton pada satu-satu masa dan dijangka menjadi produk pelancongan menerusi program pelancongan sukan.

Projek Perkampungan Hang Tuah yang menelan belanja RM40 juta itu antaranya menyaksikan pembinaan sebuah muzium, sebuah replika kapal milik Hang Tuah bernama ‘Mendam Berahi’, rumah tradisional Melaka serta kemudahan awam yang lain. – Bernama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s