Persatuan Pancaindra Seni Silat Lintau Malaysia

Melayu tak hilang di dunia

Silat beladiri atau banggadiri ?

Posted by Persatuan Panca Indra Seni Silat Lintau Malaysia di Mac 12, 2011

Beladiri dan bangga diri adalah berbeza, beladiri adalah dengan adanya ilmu silat atau apa apa ilmu persilatan yang telah dipelajari manakala banggadiri pula akan timbul jika anda merasa diri anda sudah terlalu hebat, riak dan takbur. Sebab itulah, di masa kini kita dapat lihat anak-anak muda yang menjadi samseng setelah mempelajari silat. Pukul orang, peras ugut dan macam-macam perkara jenayah lagi. Kenapa ini semua terjadi? Tanyalah diri kita sendiri. Jika kita termasuk di dalam golongan ini, janganlah mengisytiharkan anda pengamal Ilmu Persilatan Melayu yang sejati kerana kelak akan memakan diri anda sendiri. Mungkin di dunia atau akhirat. Kembalilah kepada landasan sebenar.

Pesilat perlu igat, roh silat adalah iman dan islam. Mentaati segala titah perintah Allah cara Nabi SAW. Jika pesilat tidak taat perkara ni, pasti dan pasti silat dia tak da roh. Mereka lupa, siapa yang akan menggerakkan mereka, melindungi mereka, menjaga mereka bila musuh menyerang? Andaikata pesilat berkata “silat boleh melindungi mereka dan dengan silat boleh menyelamatkan mereka atau Nasib baik aku belajar silat..” Kata-kata ini telah berlaku syirik pada Allah. Tunggulah hari kekalahan dan kemusnahan kamu!!. Perlu diigatkan, andaikata dua orang pesilat bertumbuk, masing-masing hebat dalam bersilat. Tetapi seorang tak amal dan jaga agama. Manakala seorang lagi amal dan jaga agama. Yang amal dan jaga agama itu pasti menang, kerana dia ada roh silat.

Tidak salah untuk mempelajari ilmu ini, yang pasti jangan kita sampai lupa diri dan Pencipta. Beladiri adalah untuk mempertahankan diri dr segala ancaman musuh. Dipelajari dan beramal dengan apa yg dipelajari. Silat Melayu adalah penzahiran seni budaya Melayu yang telah diamalkan selama beratus tahun di seluruh Nusantara. Ia merupakan lambang peradaban orang Melayu di rantau ini dan kini masih diamalkan segenap lapisan masyarakat Melayu yang menetap di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei.

Walaupun ia dipanggil dengan berbagai jenis nama, Seni Silat, Pencak Silat, Gayung, Pukulan dan lain-lain lagi tetapi nyata Silat itu mempunyai maksud dan pengertiannya sendiri kepada setiap yang mengamalkannya.

Sejak beratus tahun dahulu, Silat Melayu telah mengalami kajian dan penelitian yang mendalam sehingga menghasilkan fahaman gerak yang jitu dan berguna di dalam keadaan aman dan genting. Ia tersendiri secara langsung hasil daripada budaya Melayu dan ciri-cirinya yang tidak terjumpa di mana-mana bangsa lain seluruh dunia.

Persilatan seringkali dikaitkan dengan Melayu dan Islam. Adakah orang bukan Islam tidak boleh mempelajari Ilmu Persilatan Melayu ? Yang sebenarnya, ilmu persilatan Melayu mengamalkan sikap yang terbuka sama ada untuk pengamal yang beragama Islam ataupun tidak. Jika tidak manakan mungkin ilmu ini dapat berkembang di serata dunia. Apa yang berbeza ialah mengenai kebatinan dalam Ilmu Persilatan Melayu. Oleh kerana silat di asaskan oleh orang beragama Islam, maka ilmu kebatinannya pun mengikut ajaran Islam.

Dalam mempelajari silat, bukanlah kebatinan itu yang hendak di capai tetapi adalah untuk kekuatan dan keyakinan diri jika berhadapan dengan musuh. selain itu ia juga dapat mendisiplinkan diri dan juga menjaga diri kita dari melakukan kemungkaran.

Saya melihat bahawa ilmu persilatan banyak mengajar seseorg individu menjaga tingkah laku, agamanya, solat jangan tinggal dan menghormati orang tua dan lain2 perkara yg baik serta murni.

Tetapi akan berlaku sebaliknya jika terlalu banggadiri dengan apa yang dimilikinya. Bila dah terlalu bangga, mereka akan menyalah gunakan ilmu yang di pelajari bahkan begitu angkuh bila berhadapan dgn org lain. Bukan ini yang di ajar dan dituntut dalam mempelajari ilmu silat. Jangan sekali kali kita mengeruhkan air yang jernih kerana kelak akan bisa merosakkan segalanya. Jika kita dilandas yang benar insyaAllah ilmu silat dapat menjaga maruah diri, keluarga, agama dan bangsa melayu kita.

Untuk menjadi pendekar yang sejati, anda mestilah mempunyai pegangan agama yang kukuh bukannya hanya sekadar tahu yang asas sahaja. Pahlawan Melayu lama seperti Hang Tuah lima bersaudara, Mat Kilau, Dato’ Maharaja Lela, Tok Janggut, Tokku Paloh, Tok Gajah, Dato’ Bahaman dan banyak lagi merupakan antara nama yang patuh terhadap Islam. Contohnya Tokku Paloh, selain dari mahir di dalam Ilmu Persilatan Melayu, beliau juga merupakan seorang tokoh agama yang di segani. Begitu juga Tok Janggut di Kelantan, dia seorang ulama’, dialah tok guru silat. Berada di saf sadapan bila Britih mula menjajah. Oleh itu, janganlah sesekali kita merasa bahawa kita hebat setelah mengalahkan musuh kita dan merasa bahawa kita lah pendekar sejati jika kita masih tidak berpegang teguh terhadap ajaran Islam yang sejati. Tampa khudrat dan iradat Allah, kita tak mampu berbuat apa-apa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s