Persatuan Pancaindra Seni Silat Lintau Malaysia

Melayu tak hilang di dunia

Pemetaan Budaya Negeri Perak

Posted by Persatuan Panca Indra Seni Silat Lintau Malaysia di Mac 3, 2011

Tanggal 2 hb Febuari 2011 gelanggang silat PPSSLM batu 6 Tambun Perak telah dihadiri oleh pengarah, pegawai, kakitangan dan siswi Universiti Malaysia Sabah di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Perak. Mereka adalah En Majid Abdul Aziz, En Nordin Ahmad, En Hamid dan Cik Aidatulhuda bt Thee Saat. Kehadiran mereka adalah untuk memeta budaya negeri Perak Darul Ridzuan.

Selain daripada menemubual Tuan Syed Zainuddin bin Tah mengenai maklumat Pancaindra Seni Silat Lintau rombongan Jabatan Kebudayaan juga telah dipersembahkan dengan seni pencak silat.

Kehebatan pencak silat yang dipersembahkan telah sehingga mengamit diantara ahli rombongan Jabatan Kebudayaan Negeri Perak tersebut masuk ke gelanggang untuk merakamkan aksi persilatan diantara Tuan Syed Zainuddin dengan Tuan Abdul Aziz.

Saya Li mambang bagi pihak PPSSLM (yang cuma nampak telingga dalam gambarfoto pertama di atas) mengucapkan terima kaseh kepada ahli rombongan Jabatan Kebudayaan yang sudi hadir ke gelalnggang silat PPSSLM dan diharapkan samoga dapat memetakannya dalam peta budaya Negeri Perak untuk makluman orang ramai.

3 Respons to “Pemetaan Budaya Negeri Perak”

  1. Al-Fikr said

    Untungnya..bukan selalu boleh main silat dgn guru2 tua ni…bagi pesilat2 muda..jgn takut nak merasa main pencak dgn guru2 tua…inilah masa nak tau kebolehan/keberanian diri sendiri…bukan niat nak menguji,tp nak merasa diri diuji..

  2. Asalamualaikum

    Tuan Al-Fikr, saya yakin tuan adalah seorang pendekar jua. Sebagaimana yang kita sedia maklum gaya murid tua dahulu menuntut ilmu dengan jenerasi masakini mungkin berbeza. Dulu mereka mempunyai banyak masa untuk belajar, boleh turun ke gelanggang setiap malam, jenerasi hari ini nak turun seminggu sekali pun payah kerana banyak benda lain yang perlu diberi perhatian. Bagaimana pun kita perlu mengembangan seni warisan ini kepada anak bangsa. Saya sangat berharap tuan turut menyumbang ke arah cita cita ini.

    Wasalam

  3. nerve said

    Assalamualaikum…

    sy sangat tertarik dengan silat lintau. sy pernah belajar silat lintau daripada ayah saya. ayah sy pernah belajar silat lintau di taiping, perak lewat 1970an. dan mengajar silat lintau pada anak anak peneroka awal 80 hingga 90an. silat lintau ini sangat menarik. syabas masih ada yang meneruskan perjuangan silat lintau ini.

    nerve

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s