Persatuan Pancaindra Seni Silat Lintau Malaysia

Melayu tak hilang di dunia

Pak Ali Tuah Murid Silat Lintau Tuan Haji Abdul Mulok Disegani

Posted by Persatuan Panca Indra Seni Silat Lintau Malaysia di Mac 1, 2011

Hari ini 1 hb March 2011 di sebelah pagi saya dan Wannura berkesempatan menziarahi Pak Ali Tuah murid silat lintau Tuan Haji Abdul Mulok di Kampong Malay Rizab Tambun. Pak Ali Tuah adalah bekas anak murid Tuan Haji Abdul Mulok di Gelanggang Silat Kampong Malay Rizab Tambun yang dibuka pada tahun 1964. Pak Ali Tuah yang dilahirkan pada tahun 1948 ketika itu maseh remaja baru berumor 16 tahun.

Sebaik saja kereta kami tiba di depan Kedai Batu Nisan Cafe miliknya, Pak Ali menyambut kami dengan langkah bunga silatnya dan disambut gelak ketawa kenalan yang sedang minum di kedai tersebut. Saya terus mengusik Pak Ali dengan menunjukan keratan Akhbar Utusan Melayu tahun 1976 yang memuatkan gambar Tuan Haji Abdul Mulok serta muridnya dan Gambar Pak Ali Tuah Yang sedang bersilat di gelanggang ketika remaja. Wajah PakAli berubah terharu bila menatap gambarfoto lama tersebut. Akhirnya beliau memanggil isteri, anak dan cucunya serta sahabatnya untuk menatap gambarfoto tersebut sambil menceritakan berbagai peristiwa yang dialaminya ketika itu.

Setelah perasaan terharu Pak Ali Tuah reda saya meminta beliau menunjukkan langkah silatnya. Pada mulanya beliau agak keberatan. Tapi bila saya cuba mencabarnya dengan langkah silat yang sumbang akhirnya Pak Ali Tuah mula membuka langkah silatnya seperti dalam gambarfoto di atas yang sempat dirakam oleh Wannura dengan kameranya.

Satu Respons to “Pak Ali Tuah Murid Silat Lintau Tuan Haji Abdul Mulok Disegani”

  1. Al-Fikr said

    Alhamdulillah dengan jejak guru2 tua ini…diharap lepas nie pesilat2 muda dapat merasai gerak tari,petua / ilmu lama dan buah pukulan dari guru2 lama ini sekiranya mereka2 ini berjaya dibawa rapat ke gelanggang2 lintau..kemana lagi warisan dan ilmu berharga itu nak dibawa sekira dan sebaiknya diturunkan kepada generasi muda agar ilmu itu dihargai dan diperturunkan lagi seterusnya…”Ya Allah kurniakan daku ilmu2 hikmah dan ilmu2 yang tak disangka2 semoga aku dapat lagi mengenali dan hampir padamu agar wujud taqwa,redho,ikhlas dan syukur dalam setiap degup jantung dan kerdipan mataku semuanya semata mata hanya untukMU”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s