Persatuan Pancaindra Seni Silat Lintau Malaysia

Melayu tak hilang di dunia

Archive for the ‘Uncategorized’ Category

Silat Pengantin PPSSLM Untuk Dr Muhanna & Dyana

Posted by Persatuan Panca Indra Seni Silat Lintau Malaysia di Februari 27, 2011

Pada hari Sabtu 26hb febuari 2011 bersamaan 22 Rabiulawal 1432H Pesilat Pengantin PPSSLM Cawangan Tanjung Rambutan Ipoh Perak telah dijemput mempersembahkan silat pengantin di majlis persandingan pasangan pengantin diantara Dr Muhamad Muhanna bin Ahmad Nuordin & Dr Nur Dyana bt MD Nizar di No 17, Persiaran Bukit Meru 10, Meru Heights, 30020 Ipoh, Perak Darul Ridzuan. DYMM Raja Perempuan Perlis telah mencemar duli hadir ke majlis tersebut.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengaseh dan Penyayang,
Ya Allah ya tuhan kami; Engkaulah Yang Maha Agung Yang telah Menciptakan qada’ dan qadar ini, kami memohon restu dan keredhaanmu, jadikanlah ikatan Dr Muhamad Muhanna bin Ahmad Nuordin & Dr Nur Dyana bt MD Nizar ini selamanya, diberkatiMu agar sentiasa dilimpahi keimanan dan kaseh sayang serta peliharalah ianya samoga akan berkekalan dengan rahmat dan cahaya kasehMu di dunia dan akhirat kelak serta kurniakan zuriat baginya yang soleh dan solehah.

Ya Allah
Satukanlah dua hati hambaMu ini Dr Muhamad Muhanna bin Ahmad Nuordin & Dr Nur Dyana bt MD Nizar seperti mana engkau satukan hati Adam as dan Hawa, Yusuf as dan Zulaikha dan juga seperti mana Engkau satukan Nabi Muhammad saw dan Siti Khadijah.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Cahaya Bulan Purnama Jatuh Ke Gelanggan Silat PPSSLM

Posted by Persatuan Panca Indra Seni Silat Lintau Malaysia di Februari 23, 2011

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Di gelanggang silat PPSSLM Tanjung Rambutan Perak

Posted by Persatuan Panca Indra Seni Silat Lintau Malaysia di Februari 23, 2011

Pada setiap hari Jumaat malam Sabtu setiap minggu selepas waktu Isyak biasanya saya dan Wannura akan pergi ke gelanggang silat PPSSLM Tanjung Ranbutan Perak. Gelanggang ini biasanya mengadakan latihan dua kali seminggu iaitu malam Sabtu dan Ahad yang di hadiri lebih 20 orang murid. Jurulatih Silat di gelanggang ini adalah Encik Abdul Aziz bin Abdul Ghani yang dibantu oleh En Mohd Saiful Haris bin Mohd Bharil (Bob).

Disamping menyelia aktiviti gelanggang saya juga memberi perkhidmatan rawatan penyakit percuma kepada orang ramai yang membanjiri gelanggang tersebut. Biasanya saya tidak berkesempatan merawat semua pesakit yang hadir pada malam tersebut kerana bilangannya terlalu ramai walau pun hingga ke waktu pagi.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Idris bin Ismail jurulatih pancaindra seni silat lintau cawangan Subang Selangor

Posted by Persatuan Panca Indra Seni Silat Lintau Malaysia di Februari 22, 2011

Kebanyakan bekas anak murid Tuan Haji Abdul Mulok yang saya ketemui engan disebut sebagai guru silat walau pun mereka giat mengajar pancaindra seni silat lintar yang diwarisi. Mereka memadailah disebut sebagai jurulatih. Dikalangan mereka tersebut termasuklah Encik Idris bin Ismail yang menjadi jurulatih pancaindra seni silat lintau cawangan Lembah Permai Subang Selangor.

Encik Idris Ismail adalah pesara tentera diraja Malaysia yang lahir pada tahun 1951, tapi maseh kacak seperti yang dilihat dalam gambar yang saya rakamkan semalam di Pekan Tambun Ipoh Perak. Beliau adalah bekas peninju angkatan tentera dan pernah merangkul beberapa kejuaraan. Beliau adalah bekas anak murid Tuan Haji Abdul Mulok dari gelanggan silat Kampong Pinang Kemunting Taiping Perak yang dibuka pada tahun 1973. Menurut Encik Ismail selain daripada Kampong Pinang Taiping, gelanggang silat di daerah Taiping yang dibuka oleh Tuan Haji Abdul Mulok adalah seperti di Bagan Serai, Gunung Semanggul, Bukit Gantang dan Hospital Taiping.

Selain daripada bersilat kegemaran Encik Idris adalah membaca Al Quran dan beliau pernah menjuarai tilawah al Quran yang disertainya. Kepada mereka yang berminat untuk berkenalan atau ingin belajar seni silat atau seni membaca Al Quran bolehlah menghubungi Encik Idris menerusi No telefon 019 – 340 7684.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Gelanggang Pancaindra Seni Silat Lintau Cawangan Lembah Damai Subang telah di buka

Posted by Persatuan Panca Indra Seni Silat Lintau Malaysia di Februari 21, 2011

Pada hari ini 21hb. Febuari 2011 kami telah didatangi oleh ahli jawatan kuasa Persatuan Pancaindra Seni Silat Lintau cawangan Lembah Damai Subang Petaling Jaya Selangor yang baru ditubuhkan. Mereka termasuklah Encik Mohamed Zakaria (Pengerusi) dan Encik Idris (jurulatih silat).

Disamping menziarahi Tuan Syed Zainuddin tujuan mereka datang ke Ipoh adalah untuk memperolehi surat kebenaran membuka gelanggang daripada Persatuan Pancaindra Seni Silat Lintau Malaysia.

Menurut Pengerusi cawangan Encik Mohammad Zakaria sambutan mereka yang ingin masuk gelanggang untuk belajar Pancaindra Seni Silat Lintau di cawangan tersebut adalah melebihi daripada 70 orang. Kepada mereka yang ingin belajar Pancaindra Seni Silat Lintau di Gelanggan tersebut bolehlah menghubungi Encik Mohammad Zakaria H/P 017 – 396 7779.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.