Persatuan Pancaindra Seni Silat Lintau Malaysia

Melayu tak hilang di dunia

Mohd Samlan Jurulatih Seni Silat Lintau Kampar Perak kemalangan

Posted by Persatuan Panca Indra Seni Silat Lintau Malaysia di Februari 20, 2011

Pada 19 hb Febuari 2011 saya telah menerima berita bahawa Tuan Mohd Samlan bin Zakaria Jurulatih Panca Indra Seni Silat Lintau Malaysia Cawangan Kampar Perak telah mengalami kemalangan jalan raya berseta isterinya.

Setelah mendapat berita tersebut saya berseta Wannura dan Tuan Syed Zainuddin telah bertolak dari Ipoh pada jam 12.00 tengahari ke Hospital Kampar untuk menziarahinya. Setiba ke Bandar Kampar saya telah menerima panggilan talipon bahawa Tuan Samlan hanya menerima rawatan pesakit luar hospital Kampar dan kembali kerumah bondanya di kampong batu 20 Kampar. Sementara isterinya pula telah dipindahkan ke Hospital Tuanku Bainun Ipoh untuk mendapat rawatan selanjutnya.

Rombongan kami telah menziarah Tuan Samlan di rumah bondanya di Kampong Batu 20 Kampar Perak. Setibanya saya kerumah tersebut saya dapati Tuan Samlan sedang mengerang menahan kesakitan kecederaan dibahagian anggota kakinya akibat kemalangan tersebut dan wajahnya kelihatan pucat lesi mungkin kerana maseh terlalu terkejut dengan peristiwa kemalangan yang dialaminya.

Menurut Tuan Samlan kemalangangan yang dialaminya berlaku pada jam 6.30 pagi ketika beliau bersama isterinya bermotosikal dari jalan kampong Batu 20 masuk ke Jalan Besar Kampar – Ipoh bertembung dengan sebuah lori. Tuan Samlan hanya sedarkan diri ketika berada di hospital Kampar selepas mengalami kemalangan tersebut. Beliau telah mengalami kecederaan parah di bahagian kakinya. Isterinya pula telah mengalami kecederaan di bahagian kepala dan dipindahkan ke Hospital Tuanku Bainun Ipoh.

Kesakitan dibahagian kaki Tuan Samlan telah reda selepas saya beri sedikit rawatan dan memulihkan semangatnya . saya mendoakan samoga Tuan samlan dan Isterinya segera sembuh.

Kesempatan saya menziarahi Tuan Samlan di Kampar telah saya gunakan juga untuk menziarahi Tuan Ammer bin Abdul Ghani di Jalan Air Terjun Kampong Batu Berangkai Kampar Perak.

Tuan ameer adalah bekas anak Murid Tuan Haji Abdul Mulok di Gelanggang Air Terjun Kampong Batu Berangkai Kampar Perak yang telah di buka pada penghujung tahun 1967. Ketika itu Tuan Ameer maseh remaja lagi kerana usianya kini adalah 58 tahun.

Menurut Tuan Ameer Tuan Guru Haji Abdul Mulok sering datang mengajar ke Gelanggang di Kampong tersebut sejak gelanggang tersebut dibuka sehingga tahun 1970’an dari kediamannya Cangkat Larang Batu Gajah Perak.

Pada waktu itu terdapat lebih 100 orang murid yang berlatih setiap malam di Gelanggang tersebut yang terdiri daripada kaum lelaki dan wanita.

Buat masa ini walau pun saya sibuk mengawasi gelangang Silat Persatuan Panca Indra Seni Silat Lintau Malaysia di Tambun, Gunung Datuk dan Tanjung Rambutan setiap malam, tapi saya tidak akan melepaskan peluang untuk menziarahi bekas murid seni silat Lintau di seluroh negara dari masa ke semasa jika ada kesempatan.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.