Persatuan Pancaindra Seni Silat Lintau Malaysia

Melayu tak hilang di dunia

Asal Usul Silat

Posted by Persatuan Panca Indra Seni Silat Lintau Malaysia di Februari 16, 2011

Silat dalam Merentas Waktu

Silat diketahui sebagai seni beladiri yang tertua dan wujud sebelum abad ke-8 lagi. Secara umumnya manusia perlu membela dirinya apabila diancam sama ada sedar ataupun tidak. Dalam tempoh masa yang panjang, silat berevolusi menjadi seni beladiri yang cukup efektif pada sebarang situasi dan diwarisi oleh generasi muda hari ini. Pebincangan blog kali ini menghurai fasa peralihan silat dari satu zaman ke satu zaman dan kepentingan menguasainya pada zaman itu:

ZAMAN PRA SEJARAH

Secara semula jadi, manusia mempunyai deria bagi membela dirinya daripada ancaman tidak kira sama ada dia seorang pakar beladiri ataupun tidak. Apabila diserang, dia akan bertindak balas terhadap ancaman sama ada secara berseni ataupun secara sesuka hati. Kebiasaannya ia bergantung sejauh mana tahap panik seseorang itu sehingga melahirkan kuasa bagi menyelamatkan diri. Sifat ini sudah wujud sejak manusia zaman pra sejarah lagi.

Pada zaman Palaeolithic (15000 SM), ilmu membela diri dikenali sebagai Phithecanthropus erectus. Ilmu ini biasanya dipraktikkan apabila menghadapi serangan binatang buas. Daripada teknik ini, ia digunakan bagi membela diri dan kaum daripada ancaman dan serangan daripada manusia atau kaum yang lain.

ZAMAN SRIVIJAYA DAN MAJAPAHIT

Merujuk pada arkeologi sejarah seperti ukiran timbul di candi Borobudur dan candi Pramban di Jawa, kelihatan bukti kewujudan sistem beladiri di Kepulauan Melayu pada abad ke-8. Dari Kepulauan Riau, ia merebak ke Minangkabau, Sumatera. Di sana, ilmu beladiri ini diperhalusi lagi sehingga menjadi ilmu persilatan Indonesia. Ilmu persilatan ini pernah digunakan dalam pemerintahan Srivijaya (abad ke-7 hingga ke-14) bagi meluaskan empayarnya.

Pada zaman Empayar Majapahit (abad 13-16) pula, ilmu silat mencapai kemuncaknya apabila mengaplikasikan senjata dalam perlawanan.

ZAMAN MELAKA

Dari Minangkabau, silat ini diperkenalkan ke Semenanjung Tanah Melayu melalui Melaka. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, hanya mereka yang rapat dengan pihak istana sahaja yang berpeluang mempelajari silat. Walau bagaimanapun, silat ini sampai ke pengetahuan rakyat dan berkembang menjadi kesenian desa. Kesenian ini terus berkembang walaupun Barat bertapak kukuh selepas 1511. Semasa era orang Melayu menentang Inggeris secara gerila, silat ‘menyembunyikan dirinya’ dalam bentuk tarian rakyat (atau dikenali silat tari atau silat pulut) sehingga mengelirukan penjajah. Akibat kepesatan dan kesungguhan guru-guru tua dahulu, silat boleh didapati di mana-mana kampung yang wujud hingga ke hari ini.

ZAMAN MODEN

Silat mengalami perubahan sedikit demi sedikit apabila seni beladiri asing mula membanjiri Semenanjung Tanah Melayu. Walau bagaimanapun, identiti silat sedikit sebanyak masih dikekalkan terutamanya pada tari, senjata seperti keris dan irama gendang. Ada juga silat yang mengambil terus kepada teknik tempur sebagai ‘jalan pintas’ dalam menguasai sesuatu perlawanan. Ada juga silat yang diubahsuai kepada sukan olahraga seperti Silat Olahraga. Kini, silibus silat disusun bagi memenuhi standard kepakaran dalam sesuatu perguruan. Kesemua teknik-teknik silat Melayu Tua digarap sehingga melahirkan pelbagai teknik dan buah. Menurut Persidangan Agung Penubuhan Persekutuan Silat Kebangsaan (PESAKA) yang diadakan di Kuala Lumpur pada 24 September 1983, ada 269 gaya seni silat di Malaysia (tidak termasuk Sabah dan Sarawak) dan terdapat 465 pertubuhan yang berdaftar ketika itu (dan pastinya angka tidak berdaftar jauh lebih besar).

Walaupun silat mengalami kelembapan dalam era ICT, guru-guru tua dan muda terus tumbuh bagaikan cendawan. Pertumbuhan ini baik sekiranya guru-guru ‘khatam’ dalam perguruan asalnya lalu membuka gelanggang baru sebagai penyambung warisan ataupun membuka perguruan baru dengan garapan ilmu-ilmu beladiri lain yang tersemat di dalam dada. Pertumbuhan yang tidak baik adalah apabila guru-guru itu hanya cukup ‘mengambil rasa’ sesebuah perguruan lalu membuka perguruan baru pada tahap pencapaian yang masih minima. Setakat ini masih belum ada sebarang badan bagi mengawal pertumbuhan perguruan baru dan tiada standard khusus bagi sesebuah perguruan mendaftarkan diri sebagai pertubuhan silat yang baru. Tindakan ini perlu dikawal bagi memelihara kualiti silat dan menjaga maruah silat apabila berdiri di mata dunia.

Sumber: http://universitisilat.blogspot.com/

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.